SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SJK TAMIL LADANG FORTROSE * தேசிய வகை போர்ட்ரோஸ் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி உங்களை அன்புடன் வரவேற்கிறது
85100 GEMAS BARU SEGAMAT, JOHOR. *கிமாஸ் பாரு , சிகாமட் , ஜொகூர்

Follow Us

Your Comment Here

12 February 2018

KEJOHANAN SUKAN GABUNGAN SJKT SKM KAWASAN PARLIMEN SEGAMAT

Kejohanan sukan gabungan ini telah diadakan di SMK Seri Kenangan pada 9 Februari 2018. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Hjh Norshida Binti Hj Ibrahim,ADUN Buloh Kasap dan perasmian penutup pula telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr.S.Subramaniam,Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Segamat. Dalam kejohanan ini sebanyak 5 buah sekolah telah bergabung bagi menjayakan kejohanan balapan ini pada setiap tahun sekali. Seramai 181 orang murid dan 63 orang guru telah menyertai dan mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 pasukan iaitu biru,merah,kuning dan hijau. Setiap pasukan mempunyai mascot masing-masing. Acara yang telah dipertandingkan ialah L/P 80M, L/P 100M,
L/P 200M, L/P 4X100M, Acara kumpulan dan juga 4X100M jemputan. Kali ini rumah biru telah menjuarai johan keseluruhan dengan jumlah pungutan mata 105.